Wednesday, August 28, 2013

Posted by Bigwaves on 8:28 AM No comments


"Aroma tradisional belacan memukau citarasa sesiapa sahaja yang berada disekelilingnya, bayangkan keenakan dan khasiatnya bila ditambah dengan rumpai laut"
Salad merupakan sejenis makanan popular Malaysia, sedia untuk di makan dengan hidangan mudah yang diperbuat daripada bahan-bahan yang berbeza-beza, termasuk sayuran dan buah-buahan, biasanya dihidangkan secara sejuk atau pada suhu yang sederhana.

Bahan - Bahan
  • Pure Marine Collagen (Rumpai Laut)
  • Bunga kantan
  • Belacan
  • Lobak merah
  • Timun jepun
  • Cili padi
  • Kacang tanah
  • Bawang besar
  • Limau kasturi/Limau nipis
  • Gula
  • Garam

Cara Penyediaan
  1. Basuh bersih (5 - 6 kali) dan rendam rumpai laut hingga kembang, kemudian potong mengikut saiz yang sesuai.
  2. Basuh dan potong semua bahan (timun jepun, bawang besar, bunga kantan, lobak merah dan cili padi) mengikut saiz yang sesuai.
  3. Goreng rangup kacang tanah tanpa menggunakan minyak.
  4. Tumbuk hancur kacang tanah goreng mengikut jumlah yang dimahukan dalam hidagan.
  5. Masukkan semua bahan yang telah sedia bersih, dipotong dan ditumbuk kedalam sebuah mangkuk hidangan.
  6. Masukkan secukup rasa gula, garam dan belacan kedalam mangkuk hidangan.
  7. Masukkan perahan hirisan limau kasturi/limau nipis kedalam mangkuk hidangan, kemudian gaul rata semua bahan dan dibiar seketika, supaya rasa enak meresap dalam hidangan.
  8. Tahniah! Hidangan Aromatic Seaweed Salad anda, sedia dihidang.
Selamat mencuba ^_^


p/s: Jika En, Cik, Tuan dan Puan, mempunyai sebarang cadangan resepi, boleh dinyatakan diruangan komen post ini. Sekian, terima kasih. 
Categories: ,

0 comments:

Post a Comment